Remaja – Gaya Hidup Mewah

Kali ini topic Gaya Hidup Mewah dalam perspektif remaja yang ingin disentuh..

Gaya hidup mewah! Pastinya ramai remaja yang menginginkan gaya hidup yang mewah! Begitu juga saya! Jarang rasanya remaja pada zaman ini yang inginkan kesederhanaan dalam bergaya. Memiliki pakaian yang berjenama, aksesori yang mahal seperti jam tangan berjenama, gadget-gadget canggih seperti Ipad & Iphone, kenderaan berjenama dan lain-lain lagi..

Siapa yang tidak tahu begitu bukan?

Tidak salah rasanya bagi remaja yang inginkan gaya hidup yang mewah pada perspektif ku.. Ini adalah kerana gaya hidup mewah ini sebenarnya merupakan impian bagi setiap individu itu sendiri.. Pada zaman serba canggih dan moden ini, rata-ratanya inginkan TREND yang sebegitu.. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu disentuh dalam keinginan untuk gaya hidup mewah ini dalam perspektif remaja..

1 – PRO
•    Gaya hidup remaja mewah dapat meningkatkan keyakinan diri yang tinggi dalam diri
•    Gaya hidup remaja mewah juga adalah kepuasan kepada diri sendiri
•    Keiginan gaya hidup remaja yang mewah juga boleh menjadi faktor yang mendorong kita kepada suatu pencapaian matlamat

2 – KONTRA
•    Gaya hidup remaja  mewah bukan suatu kemestian, tetapi ia adalah pilihan diri sendiri
•    Gaya hidup remaja mewah boleh mendorong kepada riak, lupa daratan, dll
•    Gaya hidup remaja mewah Mudah terdorong kepada “biar papa asal bergaya”

Jadi  apa yang harus dititikberatkan dalam keinginan gaya hidup yang mewah dalam perspektif remaja adalah KECERDIKAN..!! Untuk seseorang remaja hidup dalam gaya mewah, biarlah sesuai dengan poket sendiri bak kata pepatah “Ukurlah Baju di Badan Sendiri”.. Seseorang remaja itu haruslah menjadi BIJAK & CERDIK untuk memiliki gaya hidup yang mewah!!